Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila
seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara
maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang
kamu kehendaki.” (Riwayat )
Seroang
wanita memang mudah masuk ke syurga berbanding lelaki. Ini kerana, jika
seorang wanita itu betul-betul follow apa yang telah ditetapkan dalam
agama islam. Syurga adalah tempatnya.
Berbanding
dengan lelaki, banyak yang perlu ditanya sebelum masuk ke syurga, Allah
akan tanya anak-anaknya, isteri-isterinya, berkenaan apa yang dibuat
semasa hayatnya, jihadnya kemana dan semualah. Macam-macam lagi
pertanyaan Allah.
Tetapi,
wanita juga yang paling ramai di dalam neraka kerana solat yang
dilakukan oleh seorang wanita itu kadangkala tidak mencegah dirinya
daripada perkara keji dan mungkar, wanita juga antara yang suka
berpuasa, tetapi puasanya hanya dapat lapar dan dahaga sahaja, tapi
masih melakukan dosa-dosa, samaada dosa kecil atau besar.
Wanita
antara yang susah menjaga maruahnya, masih membuka aurat, walaupun
bertudung, tetapi tidak sangat mengikut tuntutan syarak dan wanita juga
juga sering gagal memberi ketaatan kepada suaminya.
Bagaimana
dengan menjaga maruah dan taatkan suami? Dua perkara ini lebih ramai
yang gagal. Maruah diri tidak dijaga sewaktu keluar kerja. Pakaian yang
mendedahkan aurat boleh membawa banyak dosa lain selepasnya. Pergaulan
bebas juga boleh membawa kepada dosa mulut, mata dan telinga.
Mengenai
mentaati suami, realitinya isteri paling ramai gagal memberi ketaatan
kepada suaminya. Perintah suami mudah disanggah isteri dan kehendaknya
saja yang dipakai. Layakkah mereka itu masuk syurga dalam keadaan itu?
Insaflah wahai wanita yang bergelar isteri. Jangan jadikan diri anda sebagai orang yang pertama masuk ke dalam neraka.
Semoga segala amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah. :))



No comments:
Post a Comment